Stress jugak tengok markah sem lepas!!!! ahhhh..pecah kepala buat eseimen sume, stadi bagai, tapi markahnye ya AMPUN!!!! tak payah lah cakap kan.
Tapi, bila fikir balik, inilah keputusan yang diberikan Allah, yang telah ditetapkan sebelum jawab exam tu lagi kan? kenapa lah nak stress. Allah tahu, setakat mana kita dah usaha, dan diri sendiri pun teringat jugak, ahhhh...ada jugak lah lalai dan ambil ringan masa nak study tu. itu adalah sendiri sebab mungkin diri terlalu relax atau pun masa study tu ilmu tak berapa nak berkat dengan ada gelak hilai yang boleh buat satu rumah pecah ke, terngumpat ke apa kann?? mana lah tahu. Jadi jangan lah di tiru apa lagi diulangi kegiatan ini.
kecewa yang kita alami, mungkin tidak sama dengan orang lain. Jadi kena sentiasa bersyukur kerana kita diuji dengan ujian ini sahaja. Ada yang lagi besar dugaan yang diberiNya. Sedangkan kita masih punya peluang untuk betulkan keadaan ini. Tak gitu? so, apa lagi...Study but kena ingat tuhan sentiasa. SEBAB APA?
Ibrahim ( 14:7 )
" Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan, "sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku menambah (nikmat) kepada-mu , tetapi jika kamu mengingakari ( nikmat-Ku) , maka pasti azab-Ku sangat berat".
Alhamdulillah, kerna ku masih ade peluang untuk teruskan perjuangan ijazahku ini...smile=)
Rajin betul meng'update' sekarang ni ye. Oh ye..pasal post yang sebelum ni. Ber'title' for someone that i love tu tak ditujukan kepada sesiapa secara spesifiknya ye. Takut2 ade yang pecah kepala fikir siapalah 'someone' tu kan.... Hehe.. Sebenarnya lagu tu, amatlah cepat masuk dalam otak ni..sebab kalau tengok liriknya.. Terasa macam ramai je yang perlu diselamatkan. Siapa? Haaaa.. Tengok sekeliling..tanya lah hati. Well...sebenarnya di hari minggu ni terasa amat kosong...kenapa ya? Bangun-bangun tidur tadi pun Terasa tak bermaya sangat. Tapi kalau tak dipaksa diri, manalah kerja nak siap kan... Jadi bila dah siap berhemat diri tadi, tengoklah email yang berbakul-bakul dalam inbox tu.. Nampaklah something kan.. Nak tau apa? List murtaba' amal.. Aduhaiii..lalainya diri sehingga lupa apa yang roh perlu kan.. Sah kata tak cukup makan je diri jadi lesu, tak cukup Amal padaNya pun...Terasa macam tin kosong..blurrr je..patutlah minggu ni asyik tidur tak menentu, badan tak cukup umpph.. Sleeping disorder lagi tuh..seksa... So, hari ni kita mulakan hidup kita dengan sihatkan hati Dan roh kita ye.. Bukan dengan minum milo je badan kita jadi sihat Dan kuat tau.. Sebenarnya, kita sihat bila hati dan roh kita in top condition. Voila!..
Hari ni sebenarnya takdelah pape yang nak diupdatekan. Tapi tangan ni terlalu la gatal untuk menekan papan kekunci. ikutkan hati rasa amat lah berat, tapi nak buat macam mana, dah memang dia gerak sendiri...boleh ke macam tu?? boleh lah naa...hehe
Tadi masa belek-belek kitab cinta, terfikir sesuatu benda.. andainya diri sekarang ini masih lagi seperti yang dulu, tapi apakah bezanya yang dahulu dengan sekarang? banyakkah bezanya? Tapi takda jawapan yang dijumpai lagi. cuma terdetik di hati, merasa gembira terhadap apa yang telah apa yang ditinggalkan, dan dengan apa yang dijumpai. Dijumpai bukan sahaja bermaksud dengan sesuatu yang baru sahaja, tapi sesuatu yang telah lama hilang tapi dilupakan, atau mungkin ditinggalkan. Jauh diperantauan, membawa beribu, mungkin berjuta hikmah. Nak tahu apa? Lihatlah dalam dirimu. Apa guna pancaindera tanpa akal. Apa guna akal kalau tak fikir. Dan apa guna fikiran jika tidak merasa kan dengan hati. Jangan butakan hati mu.
Bila diingatkan semula, benarlah kata orang yang dunia ini penuh dengan warna, setiap sesuatu sudah ditetapkan warnanya, kecantikannya. Tapi, untuk keindahan hidup sendiri, pilihan yang dibuat adakah warna yang terindah? pilihan itu tepatkah?
Andai kata kita dibenarkan hanya sekali untuk keluar mencari perhiasan untuk rumah kita. Sebaik sahaja melangkah keluar, kita terlalu terpesona dengan sekelilingnya. Setiap jalan yang dilalui sentiasa dihiasi dengan warna berlainan, kadang-kadang membuatkan kita leka. Peluang sekali itu membuatkan kita lupa bagaimana mahu mencorak rumah kita. kadang-kadang membuatkan kita terus memetik warna yang kita rasakan indah, tapi sesuai kah warna-warna itu dengan rumah kita? bukankah kombinasi warna yang tidak sesuai akan merosakkan kecantikan rumah kita?
Begitu lah juga dirasakan dengan diri ini, peluang untuk hidup cuma lah sekali didunia ini. Terlalu banyak yang dicari, sehingga diri sudah tidak tahu mana yang mana yang terbaik diri. Terlalu leka dengan keindahan luaran, yang kadang-kadang dirasakan kosong. Warna keseronokan takkan memastikan keindahan hati kita. malah, jika salah pilih, rosaklah hati kita.
Sudahkah kita pilih warna untuk diri dan hidup kita? Baik kah? Burukkah? Jika kita rasa, kita salah warna, jangan sedih. Boleh betulkan lagi, baikkan lagi. Buku panduan untuk rumah cantik??.......
Al-Quran...
JOM BINA RUMAH TERBAIK!












